Aktiviti berkanu dan mendayung terutamanya perahu naga amat bagus untuk memberi ruang kepada warga TLDM mengisi masa lapang. Aktiviti ini telah dikembangkan dari satu aktiviti riadah kepada penonjolan ke arah kecemerlangan sukan ini ke peringkat TLDM, ATM, Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa.
Energy All Day
For order contact:
hp: 012-5173437
email: middive2000@yahoo.com.sg
Tuesday, May 22, 2012
Persatuan Kanu dan Mendayung TLDM kelola pertandingan.
PERSATUAN KANU DAN MENDAYUNG TLDM KELOLA PERTANDINGAN KAYAK DAN PERAHU PANJANG SEMPENA PESTA LAUT PANGKOR LUMUT 2012.
Persatuan Kanu dan Mendayung TLDM telah diberi kepercayaan oleh Majlis Perbandaran Manjung (MPM) sebagai penganjur untuk mengelolakan Pertandingan Kayak dan Perahu Panjang di perairan Sungai Dinding berhadapan bandar Lumut "Bandar Maritim dan Tentera Laut.
Pertandingan ini berlangsung pada 28 April 2012 mulai jam 8am hingga 6pm. Pertandingan ini menawarkan hadiah yang agak menarik iaitu:
Perahu Panjang (Open) : Tempat Pertama - RM 3500
Tempat Kedua - RM 3000
Tempat Ketiga - RM 2500
Tempat Keempat - RM 2000
Kayak TK 2 (Open) : Tempat Pertama - RM 500
: Tempat Kedua - RM 400
: Tempat Ketiga - RM 300
: Tempat Keempat - RM 200
Penyertaan kali ini amat menggalakkan selain dari peserta tempatan, peserta dari Negeri Kedah juga mengambil bahagian. Antara Yang mengambil Bahagian adalah:
a. 5 Rejimen Sempadan (Hill Lion) - Kedah.
b. Majlis Bandaraya Alor Setar - Kedah.
c. SUK Kedah.
d. TLDM
e. KD DUYONG
f. Penyelam TLDM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment