Energy All Day

For order contact: hp: 012-5173437 email: middive2000@yahoo.com.sg

Tuesday, July 31, 2012

KD DUYONG, Pusat Selam dan Peperangan Periuk Api TLDM, Pangkalan TLDM, 32100 LUMUT.......PUSAT KECEMERLANGAN SUKAN MENDAYUNG TLDM (KAYAK & PERAHU PANJANG - DRAGON BOAT)

     Unit Penyelam Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) yang diberi tanggungjawab untuk membangun dan merealisasikan hasrat pucuk pimpinan tertinggi TLDM menjadikan sukan kayak dan perahu panjang (Dragon Boat) dikenali dikalangan warga TLDM. KD DUYONG dikenali sebagai Pusat Kecemerlangan Sukan Mendayung (kayak dan perahu panjang) TLDM.

     Kini sukan mendayung telah dikenali ramai bukan sahaja warga TLDM sendiri malah pasukan-pasukan lain yang aktif dalam sukan ini juga mengenali serta mengeruni kelibat pasukan  TLDM ini. Ramai atlet kayak dan mendayung dilahirkan oleh Persatuan Kanu dan Mendayung TLDM yang lebih dikenali Navy Paddlers Club

     Antara pasukan yang kerap bertanding bersama-sama seperti:

a.   Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
b.  Pulau Pinang (Pasific West Dragon Boat Club, Penang Forward sports Club, Anak Malaysia Dragon Boat Team, PBC Tanjung Bungah, Kelab Pendayung Taman Perbandaran).
c.   Kedah ( Majlis Bandaraya alor Setar dan SUK Kedah)
d.  Tentera Darat DiRaja Malaysia (Rejimen Sempadan - Perlis).
e.  Tentera Udara DiRaja Malaysia (Kolej tentera Udara).
f.   Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
g.  Persatuan Kanu Putrajaya.
h. Pengajian Tinggi (Team Dolphin -UNIKL MIMET, Kolej Insaniah -Kedah, UPSI- TG Malim Perak, MMU Melaka).
i.   Bukit Rambai, Batalion Naga, Naga Malaya, The KL Barbarians team,

     Manakala tim-tim dari luar negara yang selalu bersaing dengan Navy Paddlers Club seperti:

a.   Guam Dragon Boat Team.
b.   Guam Dragon Boat Federation.
c.   Move One Dubai Sea Dragon.
d.   National University Of Singapore.
e.   PODSI Kabupaten Siak, Indonesia.
f.   Indonesian Rowing & Canoeing ASSO (PODSI).
g.   Singapore National Dragon Boat Team.
h.   Royal Australian Navy.
i.   Hong Kong Island Paddle Club.
j.   Guangzhou International Dragon Boat Team.
k.  Singapore Polytechnic.
l.   Filipino Dragons.
m. Australian water Dragons.
n.  Japan National team.
o.  Bangladesh dragon Boat Team.

     
     Sepanjang penglibatan di kejohanan-kejohanan peringkat perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia, Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa Navy Paddlers club telah menempa banyak kejayaan yang membanggakan perkhidmatan iaitu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).....Lt Kdr Kamid Sulaiman TLDM.

PLENITUDE PENANG INTERNATIONAL DRAGON BOAT FESTIVAL 2012

Kejohanan bertaraf antarabangsa telah diadakan di Pulau Mutiara pada 30 Jun & 1 Jul 12. Lokasi kejohanan di Empangan Teluk Bahang. 

Kategori dipertandingkan:

a.   Premier Open 200m - 12 crews
b.   Premier Mixed 200m - 12 crews
c.   Premier women 200m - 12 crews
d.   Premier Open 200m - 22 crews
e.   Premier Mixed 200m - 22 crews
f.    Premier women 200m - 22 crews
g.   Premier Open 500m - 12 crews
h.   Premier Mixed 500m - 12 crews
i.    Premier Women 500m - 12 crew
j.    Premier Open 500m - 22 crews
k.   Premier Mixed 500m - 22 crews
l.    Premier Women 500m - 22 crew

















Kejayaan Persatuan Kanu dan Mendayung TLDM berjaya meraih:

1.   Tempat Pertama    -   Kategori Premier Mixed 12 crews (500m)
2.   Tempat Kedua      -   Kategori Premier Open  22 crews (500m)
3.   Tempat Kedua      -   Kategori Premier Open 22 crews (200m)
4.   Tempat Kedua      -   Kategori Premier Mixed 22 crews (500m)
5.   Tempat Kedua      -   Kategori Premier Mixed 22 crews (500m)
6.   Tempat ketiga       -   Kategori Premier Open 12 crews (500m)

Tahniah kepada semua atlet, Jurulatih dan juga pihak pengurusan Persatuan Kanu dan Mendayung TLDM atas komitmen yang diberikan sehingga berjaya meraih kejayaan ini. Diharap Pihak Jurulatih akan dapat mempertingkatkan usaha untuk meningkatkan usaha agar kejayaan dapat dipertingkatkan ketahap yang lebih tinggi lagi.





Friday, May 25, 2012

SUKAN AIR SEMPENA HARI BELIA 2012 DI PERSINT 6 PUTRAJAYA




















25 Mei.   Hari ini Persatuan Kanu dan Mendayung TLDM  (NAVY Paddlers Club) telah berada di Pusat Sukan Air Persint 6, Putrajaya sehingga 27 Mei 12 untuk sama-sama memenuhi Program Himpunan Jutaan Belia Putrajaya 2012.

Persatuan Kanu dan Mendayung TLDM akan menyertai Sukan Air dalam acara Kayak dan Dragon Boat.

Kejayaan buat NAVY PADDLERS CLUB............
Date: 30th June to 1st July 2012
Venue: Teluk Bahang Dam
Time: 9am to 6pm

The popular Plenitude Penang International Dragon Boat Festival is back for the 32nd time in Penang from 30 June to 1 July this year. This year, 14 international teams from South Africa, United Arab Emirates, United Kingdom, United States, Australia, Thailand, Philippines and New Zealand have confirmed their participation, as well as 13 Malaysian teams.

Tuesday, May 22, 2012

SUKAN ANTARA PERKHIDMATAN ATM

PERSATUAN KANU DAN MENDAYUNG TLDM ANJUR SUKAN PERAHU PANJANG DAN KAYAK SEMPENA KARNIVAL SUKAN ANTARA PERKHIDMATAN 2012.

21 Mei 12.  Lumut. Sempena karnival Sukan Antara Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang akan berlangsung di Pangkalan TLDM Lumut Perak, mulai 21 hingga 25 Mei 12.

     Persatuan Kanu dan Mendayung TLDM telah menganjurkan sukan Perahu Panjang dan Kayak tertutup ATM. Sukan yang sepatutnya disertai oleh cabang tiga khidmat iaitu Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara hanya  diserta oleh Tentera Laut sahaja. Ketika ini setiap penganjuran sukan air ini tidak mendapat sambutan dari Tentera Darat dan Tentera Udara.


































     Hadiah berupa hamper dan wang tunai disediakan untuk pemenang bagi kategori Perahu Panjang 500m dan 250m iaitu  RM 250 dan hamper bagi tempat Pertama. RM 200 dan hamper bagi tempat Kedua. Bagi acara kayak 500m kayak  TK 1 hadiah berupa wang tunai sebanyak RM 50 bagi Johan dan RM 30 bagi Naib Johan. Manakala kayak TK 2, RM 80 bagi Johan dan RM 50 bagi Naib Johan.