Energy All Day

For order contact: hp: 012-5173437 email: middive2000@yahoo.com.sg

Thursday, May 12, 2011

1Malaysia Kuala Lumpur International Dragon boat Festival (12 & 13 March 2011)

Kejohanan 1Malaysia Kuala Lumpur International Dragon boat Festival buat julung kalinya diadakan di Tasik Metropolitan, Kepong. Penglibatan Tim-tim mendayung pelbagai peringkat dan juga dari negara luar (Indonesia, Jerman, Filipina, Cambodia, Australia & Hungary) memeriahkan hari-hari kejohanan yang diadakan selama dua hari iaitu pada 12 dan 13 Mac 2011.







Dalam kejohanan ini, Navy Paddlers Club telah memperolehi kemenangan yang amat luar biasa kerana hampir kesemua kategori yang disertai mendapat tempat 3 teratas. 6 kategori disertai mendapat tempat Pertama, 3 kategori mendapat tempat ke 2 dan 1 kategori mendapat tempat ke 3.

Pihak pengurusan Persatuan Kanu dan Mendayung TLDM (Navy paddlers Club) amat berbangga dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh semua atlet dengan bimbingan jurulatih yang amat terlatih. Diharap prestasi membanggakan ini dapat dikekalkan sehingga ke akhir tahun kerana banyak lagi kejohanan kejohanan yang bakal disertai sepanjang tahun 2011.

Syabas.......










Monday, February 28, 2011

PESTA SUKAN PUTRAJAYA SEMPENA HARI WILAYAH (18 FEB 2011)

Pada 18 Feb 2011, satu kejohanan perahu panjang telah diadakan di aman Tasik Putrajaya, Persint 6. 13 Pasukan mengambil bahagian. Antara kategori yang dipertandingkan adalah:
1. Terbuka
2. Komuniti Putrajaya
3. Sekolah di Putrajaya

Selain itu, acara selingan juga dipertandingkan iaitu Tarik Tali perahu panjang.

Dalam acara Terbuka, Pasukan TLDM telah menjuarai tempat pertama dan kedua manakala bagi acara tarik tali TLDM mendapat tempat pertama dan ketiga.

Syabas kepada pendayung2 dari Pasukan TLDM (PERSATUAN KANU DAN MENDAYUNG TLDM)

SYABAS